Tuesday, October 1, 2013

Kadang-Kadang Duka Menyapa..Senyum Saja..Allah kan ada...:D

Assalamualaikum.....^____^<3

Setiap manusia mempunyai jalan hidup yang berbeza-beza. kadang-kadang ada yang tergelincir dari landasan dan kadang-kadang ada yang sampai ke perhentian. Sukar kalau kita ingin gambarkan perjalanan kita kepada dunia kerana hanya kita yang dapat merasainya. Begitu juga pengalaman hidup saya. Sukar untuk saya tempuh. Kalau ditanya berapa kali saya menangis tidak terkira bagi saya untuk nyatakan.

Sentiasa orang melihat hidup saya ibarat warna pelangi sentiasa ceria, gelak dan tawa namun hakikatnya hidup saya ada tersembunyi tangis yang hiba. Xsemua apa yang kita lihat itu lah warna hidup mereka. Jangan anda fikir ingin jadi seperti saya. sentiasa senyum dan ketawa. Mana tahu hidup anda lebih indah dari saya tanpa anda sedar. Tanpa kita sedar sebenarnya kita yang mencipta setiap apa yang berlaku dalam hidup kita.
Contohnya, anda nyatakan keadaan kecewa dan anda terus melayan perasaan tersebut menyebabkan emosi dan tindakan anda seiring dengan apa yang anda rasakan. Cuba anda alihkan keadaan kecewa anda kepada gembira dan ceria. Walau bertapa anda kecewa dengan keadaan, anda perlu sedar tiada guna anda terus kecewa tanpa melakukan apa-apa. Jadi kan diri dan fikiran anda sentiasa positif.

Jangan salahkan takdir dengan apa yang berlaku dalam hidup anda, mungkin ini ujian dari Nya. bersabarlah wahai teman jika dilanda musibah. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Jangan kita berduka dengan takdir kerana kita mungkin akan lebih bahagia setelah musibah yang berlaku didalam hidup kita. bersabarlah hati dengan takdir yang ditentukan oleh Nya. Jangan mengeluh terus tersenyum dan senyum. Jangan mudah mengalah dengan ujian. hidup mesti kuat. Teruskan kehidupan anda seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Satu je ubat kita iaitu sentiasa ingat Allah dalam hati kita~S.E.N.Y.U.M~

saya suka kata-kata dari  fynn jamal...nahhhh...ini dia...:D


apa dia tadi?

boyfriend lari?
girlfriend cari jantan lain?
member tak bayar hutang?
adik-beradik busuk hati?
kerja banyak due?
bestfriend ada bestfriend baru?
tak dapat pergi starbucks semalam?

ok.
kesian awak.

tapi kan..
kalau perempuan2 besi ini mampu berdiri megah--
macammana kita boleh biar kita rebah?

entahlah.
kadang2 aku rasa kita ni MAIN CAKAP je bosan dengan hidup, malas nak bangkit, penat nak tempuh--
sebab CUBA kau gi klinik pastu doktor cakap kau ada sebulan untuk hidup--

aku jamin--
kau hidup terpaling hidup.

kadang2--
kita ni main cakap je.
sebab kita nak RASA diperlukan--
dan nak DENGAR orang cakap kita ini mereka mahukan.

*sengih geleng kepala*

aku tau.
aku dulu--
macam tu.

ubatnya?
hasbi rabbi jallallah.

dan petua orang tua2--
kawen.
:)