Sunday, July 28, 2013

Hai Junior!!!

Assalamualaikum Junior.....

Selamat datang ke Universiti Utara Malaysia.....Macam mana persiapan semua ok ke x..macam mana perasaan dapat smbung kat UUM.. Dapat DPP mane..Kos ape..tgh cari geng 2 kn.. Mesti tengah sibuk uruskan borang2 dan sibuk nak tahu mcm mane UUM 2 kn..

Saya ada jgk jenguk2 group korang...macam2 pertanyaan yang diajukan...
contohnya :

1."bas ada aircond x???...". jawapan..."mesti lah ada syg...jgn risau..". 

2."DPP nie best x...DPP nie jauh x dari kelas??". "Setiap DPP ada keunikan masing2..jangan risau. ada DPP dekat dengan kelas ada yang tak..

3."tiket bas ade jual x??". "mesti la ada...bas siap jemput kat bas stop lgi kalau nk balik kg..nak bli tiket luar pun bole..".

4."kenderaan bole bawa x??". "bole je bawa tapi anda kena aktif dulu baru dapat dan biasanya sukar nak dapat bagi student yg baru dan x aktif".

5."UUM ada wifi x??". "mesti la ada...line plak tgk keadaan..kadang2 laju, kadang2 x..".


Nie baru sikit soalan yang saya ambil. Banyak lagi bole tengok..gelak sorang2 pn ada kadang2 baca soalan dan jwpn yg korang..hehe


saya ada sedikit pesanan untuk JUNIOR yang saya sayangi.

1. Saya berharap anda semua pandai2 la jaga diri, jaga pergaulan, jaga nama baik keluarga.. Walau jauh dari keluarga tapi Allah tetap ada disisi kita. Dia tidak pernah terlepas melihat apa yang kita lakukan.

2. Berhias 2 berpada-pada. Jangan nampak macam pokok krismas yang berjalan.nak nmpk cntik x salah tapi biar ikt panduan..jaga aurat..jangan ketat, biar longgar. Biar simple tapi nice.

3. Dalam berkawan 2 pandai2 la sesuaikan diri. Pilih kawan yang bawa kita ke arah kebaikan dan bukan nya ke arah keburukan. kalau ada kawan yang lalai tegur la dia dengan cara yang berhemah. kalau ada kawan yang silap betul kan dia jangan malukan dia. susah senang mereka la sahabat kita.




4.Duduk U nie kena la berdikari. kena buat kerja sendiri. xbole la nak harap orang je. susah la nak harapkan orang sebab masing2 ada tanggunjawab sendiri. jangan harap p sini ade org ikt p sana ada org ikut sentiasa. Kadang2 kita kena lalui sendiri. so belaja la berdikari.

5. Sentiasa ingat tujuan kita datang U nie. niat kita nak belaja kerana Allah. InsyaAllah semua akan dipermudahkan. Besar harapan mak ayah kita untuk tengok kita berjaya. jangan mudah putus asa. Allah sentiasa ada untuk kita.

6.Kalau result kurang mantap,xpe. Jangan terus mengalah.usaha sampai kita bole...yakinnn bole tau!!!..

7.Senyum sokmo ya...jgn kedekut nk senyum. jangan sombong...sentiasa bertegur sape ngan org..kita kat U nie adalah satu family..erat kan hubungan sesama kita..xmau gaduh2..

8.Berbaik-baik la dengan rumet..mula2 mmg ssah nk ssuai kn diri tinggal dgn org yg kita x kenal..lebih2 lagi yg x biasa kongsi bilik..jadikan ini sbg pengalaman. Kena jaga adab jgk tau...jgn ikt kepala kita sorg je..fikir pasal rumet kita jgk k..:D

Sampai di situ je yang saya nak cakap. Saya b'harap anda semua sampai ke universiti dengan selamatnya. Semoga berjaya di dunia dan akhirat...maaf kalau ada silap dan salah(mintak maaf siap2 nak raya dh kn)....InsyaAllah kita.jumpa pada minggu orentasi nanti!!!!

DPP M_s.
Kos pengurusan k.sosial.